Tuesday, December 28, 2010

Bumi SYRIA, aku meRINDU


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk meneruskan perjuangan. Entri kali ini berkisar tentang sesuatu yang akan terjadi dan pasti berlaku yang saya kira ianya amat penting bagi semua mukmin.Kedasyatan fitnah dajal tidak terjangkau di fikiran kita.

KEMULIAAN SYRIA

Bumi syria bakal dipijak oleh seorang imam akhir zaman yang amat dinanti-nantikan,iiatu Imam Mahdi. Bumi suci ini bakal diperintah oleh seorang berketurunan as-Sufyani, penguasa zalim.Imam Mahdi tidak akan muncul selagi as-Sufyani tidak mendapat kuasa untuk memerintah.Dia akan hantar tentera untuk ke Makkah untuk bunuh Imam Mahdi.Akhirnya, dia ditelan bumi di al-Baida, satu tempat dekat dengan Madinah

Selepas itu, bangsa Rom akan masuk ke A'maq atau Dabiq, satu kawasan yang dekat dengan bandar Halb (Aleppo) Utara Syria, bersempadan dengan Turki. Imam Mahdi dan tenteranya akan datang menumpaskan pencerobohan itu. SubnaAllah, Allah memerihara Syria.

Dajjal sedang dirantai di Kepulauan di Laut Syria iaitu Laut Tengah atau Laut Yaman. Dajjal akan keluar daripada Timur. Sama ada dari Khurasan atau Asfahan atau suatu tempat antara Iraq dan Syria. Boleh jadi ia keluar dari Khurasan, mengumpul pengikut dari Yahudi Aspahan lalu masuk ke tempat antara Iraq dan Syria.

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim). Mengikut sebuah buku, tajuknya Dajjal sudah keluar dari Khurasan. Dajjal berada di satu pulau yang tidak dapat dilihat oleh pandangan manusia buat masa ini. 

Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Baginda akan turun di sisi Menara Putih sebelah Timur Damsyik, Syria.

SENJATA KITA

Amalkan membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. Orang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.. Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w berkata:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)

Baca doa selepas Tahiyyat Akhir.Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis-hadis kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]

Doanya :

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka Jahanam. AKu berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur. Aku berlindung kepada-Mu daripada fintah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan fitnah mati. AKu berlindung kepada-Mu daripada banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepada-Mu daripada dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada mati dalam keadaan ingkar kepada agama-Mu."

PENUTUP

Saudaraku, percayalah apa yang dijanjikan Allah pasti akan berlaku. Carilah ilmu-ilmu yang sahih berkaitan dengan peristiwa-peristiwa akhir zaman dan kedasyatan dajjal.  Persiapkanlah dirimu dengan kepakaran dalam memanah, berenang dan menunggal kuda.Teguhlan benteng dengan amalan-amalan doa yang diajarkan oleh Nabi. InsyaAllah walaupun dasyatnya fitnah dajjal, tanpa izin Allah, ia tidak akan berlaku.Wallahualam~~

Sumber : Syabab Musafir Kasih Karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

BUMI SYRIA, AKU MERINDU

Ya Allah
Takdirkanlah aku 
Untuk berjuang bersama-sama di bumi Syria

Jika itu bukan takdirku
Takdirkanlah aku 
Untuk menuntut ilmu di bumi Syria

Jika itu bukan takdirku
Takdirkanlah aku
Untuk melihat bumi Syria

Jika itu bukan takdirku
Takdirkanlah aku 
Untuk memijak kaki walau seketika cuma di bumi Syria

Jika itu bukan takdirku
Takdirkanlah aku
Untuk melihat Syria di SANA nanti

~10.28 p.m~
~Selasa, 28/12/2010~



.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment