Monday, January 31, 2011

HUJAN~~


HUJAN

Ku menunggumu 
Indah
Andai engkau tahu
Aku selalu ada untuk kamu
Setia menanti
Setiap satu titik 
Mengandungi rahmat Allah
Bagi orang-orang yang memerhati
Engkau penghubung
Antara langit dan bumi
SubnaAllah

~ 9.04 p.m~
~31/1/2011~
~Isnin~
~Rumah, Mersing~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Wednesday, January 19, 2011

BAHAGIAN 1~ TAK SAMA TAPI SERUPA


Bissmillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum semuanya. Entri kali ini adalah percubaan kali pertama mengolah sebuah cerpen. Merupakan percubaan kali pertama.:) Ini merupakan bahagian pertama, insyaAllah ada sambungannya.. InsyaAllah, hayatinya

BAHAGIAN 1
TAK SAMA TAPI SERUPA
 
“ Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-ans”, kataku

“Alhamdulillah, semoga apa yang kita hari ini, bukan terhenti di sini sahaja, sebenarnya permulaannya adalah selepas ini.Marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang kita dapat tadi, supaya ilmu yang kita dapat itu akan membuahkan hasil yang terus mekar dan berdoalah semoga usaha yang kita lakukan diterima oleh Allah”, ujarku lagi sambil tersenyum memandang adik-adikku yang lain.

“Kak qurratul ain, boleh husna nak tanya sesuatu,?” Aku memandangnya dengan tersenyum. Jarang sekali orang memanggilku dengan nama penuh. Kebiasaannya hanya ain atau qurratul. “Boleh dik, apa dia?”

“ Akak macam mana ye kalau orang yang baik dari segi kerja-kerja agama untuk Allah, tetapi mengabaikan kerja-kerja duniawi contohnya lambat hantar ‘assignment’, lewat datang kuliah dan sebagainya.Tidakkah mereka itu serupa dengan yang lain-lain,” tanyanya dengan penuh berhikmah.

Aku terkedu seketika. Adik husna ni cakap tentang aku ke.Aku hanya mampu tersenyum, “dik manusia itu bukan sempurna, pasti ada cacat celanya,”. Adik itu hanya tersenyum.

Aku membersihkan diri. Aku ingin mengejar solat jemaah maghrib di surau. Aku ingin pastikan aku tiba awal di surau supaya aku boleh dijadikan contoh buat adik-adik yang lain dan supaya aku dapat menjadi makmum yang muafik.

“Alamak, baju banyaknya belum basuh.Alamak kau ni meja, serabutnya.”Tak mengapalah, balik nanti aku kemaslah. “Haura’, afwan ye, tempat aku bersepah la.Nanti balik dari surau aku kemas ye,”. Haura’ hanya mampu tersenyum. Acap kali bicara itu dituturkan, akhirnya tangannyalah yang mengemas.

Alhamdulillah, moga Allah terima solat jemaahku tadi. Tibe-tibe terdengar seseorang membuat pengumuman. Ustaz Zamri tiada hari ini. Tetapi digantikan oleh seorang ikhwah. Aku kenal benar dengan suaranya, Akhi Ashraf.

“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” ( Al- Baqarah : 208-209).Lantang sekali suaranya. Jelas dan kulihat semua orang diam bertafaktur.

Akhi Ashraf mengulang ayat “ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan” sebanyak 3 kali. “Wahai jemaah-jemaah yang dikasihi Allah, janganlah disebabkan sikap kamu menjadi fitnah kepada orang lain. Usah kamu mengira bahawa apa usahamu selama ini sudah cukup untuk kamu mencium syurga Allah. Sabda Rasulullah, Tidak ada yang masuk syurga, di dalam hatinya ada perasaan takkabbur dan sombong walaupun sebesar zarah. Ingatlah wahai hamba-hamba yang disayangi Allah. Tugas kamu sebagai hamba dan khalifah Allah amat berat. Satu-satunya jawatan yang tidak dapat kita lepaskan adalah sebagai khalifah. Sedangkan gunung pun tidak mampu untuk melaksanakannya. Namun Allah pilih kamu, wahai sahabatku. Malaikat mengatakan bahawa manusia akan melakukan kerosakkan. Tetapi apa jawapan Allah, wahai sahabatku, kamu tidak tahu apa yang Aku tahu. Allah mengangkat darjat kita, sahabat. Islam itu luas, ia bukan sahaja apa yang kamu tahu. Ilmu Allah itu luas, semakin banyak yang kamu tahu, semakin banyak kamu tidak tahu. Apakah kamu mengira kedatangan kamu sudah banyak melakukan kerja-kerja Islam? Cukupkah dengan jemaah di surau, cukupkah dengan kamu pergi usrah, cukupkah dengan amalan-amalan sedekahmu? Adakah ia berbaloi dengan ganjaran syurga yang Allah ingin berikan.Jika kamu mengira, amalanmu sudah cukup, maka berhentilah. Usah bekerja lagi untuk Allah. Ingatlah sahabatku, setiap saat dan detik, akan ditanya oleh Allah. Percayalah, kamu tidak akan mampu untuk menjawab setiap pertanyaan Allah. Ayat yang ana bacakan mula-mula tadi, menyatakan amaran Allah supaya kita masuk dalam Islam secara keseluruhan. Seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Apakah kamu mengira belajar itu tidak ada dalam Islam, kesihatan itu tiada dalam Islam, berhias diri itu tiada dalam Islam? Bermula kamu celik mata daripada tidur, sehinggalah kamu ditidurkan kembali, semuanya adalah ibadah dan semuanya termasuk dalam Islam. Kajilah saudaraku tentang sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah buat kita. Pasti kamu menemui jawapannya.

Aku terdiam seketika


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Tuesday, January 18, 2011

Adat vs Sunnah


Assalamualaikum semuanya. Alhamdulillah, hampir seminggu tidak menekan keypad computer untuk meneruskan perjuangan. Dengan izin Allah, hari ini Allah menggerakkan hati ana untuk melakarkan sesuatu untuk dijadikan ibrah buat diri sendiri dan kalian semua.

Entri kali ini berkisar tentang adat istihadat yang begitu kuat diamalkan oleh masyarakat-masyarakat 'orang lama'. Remaja-remaja kini 'kurang gemar' jika dibandingkan dengan 'orang-orang lama'. Saya kecilkan skop mauduk(topik) kita kepada yang lebih kecil. Saya lebih suka memilih mauduk berkisar perkahwinan kerna perkahwinan sangat sinonim dengan adat resam yang saya kira begitu unik.



PERSOALAN

Adakah salah kita mengikut adat? Bagaimana pula dengan sunnah yang diajar oleh Rasulullah? Bagaimana hendak pertemukan titik pertemuan antara adat dan sunnah?

PERMULAAN PEMBINAAN BAITUL MUSLIM

Kita mulakan pada peringkat permulaan. Apabila seorang anak gadis sudah meningkat dewasa, mereka sudah mula memikirkan untuk berumah tangga. Apabila seorang anak teruna sudah mengenal erti cinta, mereka mula untuk membina sebuah masjid, mula memikirkan untuk meramaikan anak-anak adam dan umat Nabi Muhammad, katanya. Tidak mengira sama ada sudah tamat belajar ataupun semasa belajar sehingga ada yang sanggup menangguhkan alam belajarnya semata-mata untuk membina sebuah keluarga bahagia, kata mereka.Namun mentaliti sesetengah masyarakat 'orang-orang lama' , apabila seseorang individu sudah tamat persekolahan, mereka perlu melanjutkan pelajaran ke universiti @ kolej @ poli @ maktab dll kemudian, tamat belajar, bekerja dalam setengah tahun atau satu tahun, barulah mereka dibenarkan untuk bernikah. Itu mentaliti sesetengah masyarakat. Namun jika ditolak, tambah, seseorang yang keluar dari tingkatan 5, berumur 17 tahun. Di universiti lebih kurang dalam 5 tahun, bekerja dalam setahun dua beerti umur mereka sudah menjangkau 24 tahun. 

Rasional mengapa mereka meletakkan 'syarat @ adat' sebegitu?

Firman Allah : Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di akhirat kelak ~ Al-mujadalah : 11
Berdasarakan firman Allah tersebut, betapa besar darjat orang yang berilmu di akhirat kelak. Kamu diberi pilihan sama ada untuk hidup hina ataupun diangkat darjatmu di akhirat kelak. Saidina Ali juga pernah berkata antara ilmu dan harta, ilmu apabila diamalkan tidak akan berkurang, tetapi harta jika digunakan akan berkurang. Memang tidak dinafikan ada contoh-contoh insan yang boleh dijadikan contoh, bagaimana mereka boleh melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama sebagai isteri ataupun suami. Tidak cukup dengan contoh-contoh insan lain. Dimasukkan pula dengan sunnah, sadaitina Aisyah, bernikah pada usia yang sangat muda. Sadaitina Fatimah, anakanda Rasulullah juga menikah pada usia yang muda. Tidak salah mengikut sunnah. Saya ulang sekali lagi, TIDAK SALAH. Namun, lihatlah kebolehan diri sendiri. Jika masih bujang kini, masih bangun lewat, masih tidur selepas subuh, masih malas untuk basuh baju, untuk uruskan diri sendiri masih memerlukan bantuan ayah dan ibu, fikir-fikirkan lah. Adakah wajar seorang ibu ingin melepaskan anaknya untuk menjaga anak orang lain dalam keadaan yang 'belum bersedia'.. Renung-renungkan, kadang kala perasan atau tidak puncanya bermula daripada kita, sebab ibu dan ayah belum memerikan 'lesen' untuk bernikah..:)

 MERISIK

Seterusnya, kita teruskan perjalanan kita apabila dua hati hampir menjadi satu.:) Bermulalah dengan merisik, meminang, bertunang dan seterusnya bernikah dan majlis walimatul urus.  Adat sebegini amat dititik beratkan oleh 'orang-orang lama'. Jika tidak dilakukan bagaikan telah melanggar sesuatu yang sangat besar. Tidak manis dipandang orang, takut menimbulkan fitnah, kata mereka.
Jom kita check ada ke tidak proses sebegini, pada zaman Rasulullah SAW..Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais yang bermaksud: Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan bahawa Mu’awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua’awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid. (al-Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW tidak melarang, malahan Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.
Eh eh, maknanya dalm proses pemingan yang dilakukan sekarang ni, ada dilakukan dalam zaman Rasulullah. Maknanya apabila kita melakukan proses ini, dengan diniatkan kerana Allah, insyaAllah kita akan dapat pahala di sisi Allah

BERTUNANG 

Kita teruskan lagi dengan proses bertunang. Adat sekarang, pihak lelaki 5 dulang, pihak perempuan 7 dulang. Mesti ganjil, tidak boleh genap. Kalau genap, apa yang akan terjadi, tapi rasanya perkara itu tidak akan terjadi kerna ibu ayah akan pastikan perkara tersebut tidak akan berlaku. Jom check sunnah Rasulullah untuk hantaran (mahar) semasa bertunang. Pesan Rasulullah, "Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Persepsi masyarakat sekarang, perbelanjaan untuk satu proses perkahwinan, pasti melebihi 20k. Jika tidak ada 20k, jangan mimpi lah nak buat majlis kahwin yang agak best sikit la. Bayangkan, hantaran untuk perempuan 10k, yang lain-lain lagi. Namun perlu diingat wahai muslimin dan muslimah, dunia sekarang sudah berbeza. Harga barang tidak sama dengan zaman dahulu. Gaji sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Untuk menemukan titik pertemuan antara zaman dahulu dengan zaman sekarang, amat sukar. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar meletakkan mahar yang rendah. Perkiraan mahar saya kira, biarlah mengikut kemampuan bakal zauj (bakal suami). Contoh jika suami si A, gajinya hampir 10k sebulan, bakal zaujahnya meletakkan hantaran sebanyak 15k. Tidak mengapa, kerna bakal zauj nya seorang yang berkemampuan. Contoh kedua, suami si B, gajinya 3k sebulan. Bakal zaujahnya meletakkan 8k untuk maharnya. Tidak mengapa kerna bakal suaminya, berkemampuan. “ Berkemampuan” ini berbeza mengikut individu. Usah mudah menilai seseorang dengan terlalu cepat. Dunia sekarang, artis-artis meletakkan hantaran berpuluh ribu ringgit. Tidak mengapa, kerna mereka berkemampuan. Ukurlah diri dan pasangan masing-masing, tahap mana kemampuan kamu.

Kemudian, mengenai hal-hal ganjil dalam hantaran, ku kira, itu hanya adat yang amat sukar untuk diluputkan dalam diri ‘orang-orang dulu’. Namun tidak salah kita mengikut adat dan dalam masa yang sama adat itu dijadikan ibadah. Setiap apa yang kita lakukan adalah ibadah. Semuanya perlu bermula dengan niat. Suka saya pada satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
 Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesunggahnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat danperbuatanNya serta tiada sekutu bagiNya) dan Dia menyukai pada yang ganjil
~H.R. Bukhari & Muslim

Allah sukakan perkara yang ganjil. Oleh itu, tidak salah kita mengikut adat selagi ia tidak melanggar hak-hak Allah. Lagi molek jika mengikut adat dan menjadikan adat itu sebagai satu ibadah.

MAJLIS WALIMAH

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Mengadakan majlis walimah hukumnya adalah sunat muakad, sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Namun amat sukar untuk mengelakkan ‘pembaziran’. Masyarakat takut untuk menanggung malu bila makanan tidak cukup, majlis tidak secanggih mengikut zaman sekarang. Cukuplah bersederhana. Fahamilah konsep bersederhana dalam Islam. Jangan sampai hendak terlalu berjimat sehingga menimbulkan fitnah dan jangan sampai berlebih-lebihan sehingga berlakukan pembaziran yang melampau. Raikanlah pasangan pengantin dengan alunan muzik supaya mereka rasa dihargai pada hari bahagia mereka.  Pada zaman Rasulullah, menyanyi ini adalah harus. Golongan ansar sangat suka bermain ghazal. Mereka bermain di majlis orang kahwin. Pernah suatu ketika, Aisyah, isteri Rasulullah pergi menghartar orang kahwin. Apabila pulangnya Aisyah, Rasulullah bertanya ada tak nyanyian-nyanyian. Aisyah menjawab tidak ada. Rasulullah berkata, mengapa tidak ada. Sedangkan golongan ansar sangat suka pada nyanyian, ghazal. Kita perlu gembirakan pengantin, doakan mereka. Rasulullah menyuruh lakukan nyanyian.

PENUTUP

Sahabat yang sentiasa dirahmati Allah, ketahuilah bahawa semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu. Menegur mereka yang lebih tua daripada kita sukar untuk dilakukan. Dikuatiri berlakunya bergaduhan, pertengaran dan sebagainya. Sebagai anak muda, yang sudah mengerti erti nikmatnya Islam dan Iman, gunakanlah akal yang diberi oleh Allah, untuk menegur mereka secara hikmah. Lakukan lah lawak jenaka, lakonan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima apa yang ditegur dan tidak mengguris hati mana-mana pihak. Sebagai ibu dan ayah pula, nasihat yang diberikan oleh anak-anak hanya satu sahaja tujuannya.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”, Q.S. A-Tahrim/66: 6.
InsyaAllah, suka saya dengan nasihat Imam Muda Asyraf, orang mukmin itu berbeza dengan orang Islam. Orang mukmin itu, akan bertanya dahulu, baru mereka buat, tetapi orang Islam akan buat dahulu, baru mereka bertanya.
Wallahualam...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Thursday, January 6, 2011

"DIA" turun...

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya...Hampir tiada idea untuk mencetuskan entri kali ini selepas agak lama tidak menekan keypad computer..Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk saya dan kamu semua bernafas dalam rahmat dan nikmatnya.

HUJAN
InsyaAllah, entri kali ini berkisar tentang "DIA TURUN".."Musim Sejuk" sudah bermula.Barang kali ini merupakan gelombang ke 2..

Nikmat musim sejuk sebenarnya tidak terhitung betapa nikmatnya. Seluruh makluk di muka bumi Allah, memuji Allah. Tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang menerima kehadiran nikmat ini dengan sujud syukur.Cuma, ada segelintir yang merasakan nikmat ini kadang kala membebankan. Kadang kala terlintas jua di bibir, hujan ini menyusahkan. Kadang kala terlintas jua di akal fikiran, hujan ini merimaskan
Kadang kala terdetik jua di hati, hujan lagi dan lagi..Allahuakbar!!!

Nikmat sebenarnya terbahagi kepada 2.Pertama, nikmat yang Allah beri dan yang kedua nikmat yang Allah tidak turunkan kepada kita.

PERSOALAN

Bagaimana yang dikatakan nikmat yang tidak diturunkan merupakan satu nikmat buat kita??

Tersebut satu kisah, pada zaman Rasulullah, Rasulullah telah menghantar 5 orang sahabat ke satu tempat. Pada suatu hari, kelima-lima sahabat mendengar seorang hamba Allah berkata dengan kuatnya, "Terima kasih Ya Allah, Engkau telah memberi aku nikmat yang besar, yang tidak Engkau beri kepada orang lain". Mendengar apa ang dikatakan, sahabat tertanya-tanya apakah nikmat yang diberi oleh Allah sehinggakan hamba-hambanya yang lain tidak dapat.Sahabat pergi menjengah hamba Allah yang menyatakan sedemikian. Alangkah terkejutnya mereka, hamba Allah tadi kudung tangannya dan kudung kakinya. Bertanyalah sahabat kepada hamba Allah tersebut, " Wahai saudaraku, mengapakah kamu menyatakan sedemikian, sedangkan melihat kepada keadaan kamu yang kudung kaki dan tangan?" Hamba Allah menjawab, Allah tidak mengirimkan ribut, jikalau Allah mengirimkan ribut, aku tidak akan mampu untuk lari dan menyelamatkan diri.Itu merupakan nikmat yang amat besar bagiku yang tidak diberi kepada orang lain.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah, usah mengeluh dengan nikmat yang tidak diturunkan. Percayalah, Allah yang menciptakan kita dan pastinya Allah lebih tahu apa yang lebih baik buat kita. Andai diberi nikmat kegagalan, pastinya ada sinar selepas itu. Carilah hikmahnya, pasti kamu akan menjumpainya.

"DIA turun"
Ya Allah, seandainya hujan ini membawa kebaikan buatku, perlebatkan la ia..

Adap-Adap ketika hujan

1. Turunnya hujan, salah satu waktu mustajab berdoa

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah,
“Carilah do’a yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang shalat dilaksanakan, dan [3] Saat turunnya hujan.” (Dikeluarkan oleh Imam Syafi’i dalam Al-Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma’rifah dari Makhul secara mursal. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat hadits no. 1026 pada Shahihul Jami’).

2. Mensyukuri nikmat turunnya hujan
 
Apabila Allah memberi nikmat dengan diturunkan hujan, dianjurkan bagi seorang muslim untuk membaca doa :

اللهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.”

Itulah yang Rasulullah ucapkan ketika melihat hujan turun. Hal ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah tatkala melihat hujan turun, baginda mengucapkan ‘Allahumma shayyiban nafi’an’. (HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai). Yang dimaksud shoyyiban adalah hujan. (Lihat Al Jami’ Liahkamish Sholah, 3/113, Maktabah Syamilah dan Zaadul Ma’ad, I/439, Maktabah Syamilah).
  
3. Berdoa tatkala hujan turun lebat
 
Rasulullah suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian tatkala hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا ، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merusak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).

4.Mengambil Berkat dari Air Hujan
 
Anas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kehujanan. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga terguyur hujan. Kemudian kami mengatakan, ‘Ya Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?’ Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Karena dia baru saja Allah ciptakan.” (HR. Muslim no. 2120)
Imam An Nawawi dalam Syarh Muslim, 6/195, hadis ini membawa maksud hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah ta’ala, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkat) dari hujan tersebut. 

5.Dianjurkan Berwudhu’ dengan Air Hujan
 
Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila air mengalir di lembah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,’Keluarlah kalian bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci’, kemudian kami bersuci dengannya.” (HR. Muslim, Abu Daud, Al Baihaqi, dan Ahmad. Lihat Irwa’ul Gholil)
 
6.Dilarang Keras Mencela Hujan
 
Sungguh sangat disayangkan sekali, setiap orang sudah mengetahui bahwa hujan merupakan kenikmatan dari Allah ta’ala. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktivitasnya, timbullah kata-kata celaan dari seorang muslim seperti ‘Aduh!! hujan lagi, hujan lagi’. Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang jelek karena Allah berfirman:
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf [50]: 18)

Bahkan kata-kata seperti ini bisa termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.’ “ (HR. Bukhari dan Muslim).

PENUTUP

Surah Ar-rahman
"Nikmat yang manakah yang telah engkau dustakan"
Bersamalah kita renung kembali

Orang mukmin ini
Hidupnya bagaikan tiada masalah
Apa yang berlaku dianggapnya pasti ada hikmah
Kehidupannya sentiasa terarah
Idea bernas sentiasa hadir oleh rakan sefikrah
Yang pasti semuanya kerana Allah




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO