Thursday, December 16, 2010

UBAT dan DOA

Bissmillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
InsyaAllah, entri kali ini adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kita.Baru2 ni, saya melakukan audit barang2 mengenai ubat..Pelbagai jenis ubat saya kenali..Hebatnya jika dapat menghafal kesemua jenis-jenis ubat tersebut..Tetapi bukan itu yang ingin saya kongsikan..Saya ingin membawa kalian semua bahawa Al-quran merupakan ubat yang paling mujarab

Rasional
Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan.  Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)

Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a. disebutkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
(Sebaik-baik ubat itu adalah al~Quran –Riwayat at-Tarmizi).
 
Sebuah hadis lain dariliada Abu Said al-Khudri menyatakan adanya seorang lelaki yang-telah datang menemui baginda Rasulullah s.a.w. mengadu dadanya sakit. Baginda memberitahunya agar membaca al-Quran, kerana Allah s.w.t. ada berfirman:
(Al-Q uran itu adalah penawar penyakit yang ada dalam dada).
Berdasarkan kepada hadis di atas, jelaskan menunjukkan kepada kita bahawa Al-quran merupakan sebaik-baik syifa'(penawar)

Al-fatihah

Ada sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah menyatakan bahawa 
 (Al-Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut)- Riwayat Ibn Rahuwiyah daripada Ali r.a.

Nama-nama lain bagi Al-fatihah diantaranya, Ummul Kitab, bererti ibu kitab. Disebut ibu segala kitab karena Al Fatihah merangkum prinsip-prinsip dasar dari keseluruhan isi Al Quran.

Al Fatihah juga dinamakan As Sab'ul Matsany, iaitu tujuh yang diulang-ulang, sebab Al Fatihah termasuk salah satu rukun solat yang wajib dibaca. Jika setiap muslim wajib melaksanakan solat lima waktu dalam sehari, maka Al Fatihah terbaca 17 kali dalam sehari sesuai dengan jumlah rakaat solat fardlu.

Selain itu, Al Fatihah juga disebut As Syaafiyah, ertinya yang menyembuhkan. Sebab firman Allah SWT yang tersusun pada untaian tujuh ayat yang tersebut Al Fatihah ini mengandung mukjizat yang boleh menyembuhkan penyakit ketika dibacakan kepada seseorang yang sedang menderita sakit tertentu.

Disebut juga Al Wafiyah, ertinya sempurna, sebab Al Fatihah memuat secara global isi kandungan Al Quran. Al kafiyah, ertinya cukup. Dengan mempelajari kandungan Al Fatihah, cukup bagi seseorang mengenal secara umum isi Al Quran. Al Asas, ertinya dasar.

Di dalam ayat-ayat surah Al-fatihah yang perlu ditekankan, pada ayat ke 5 bahawa firman Allah : Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Seterusnya, yakinlah dengan pertolongan Allah di samping usaha-usaha yang dilakukan.

Surah-surah lain

Antara surah-surah yang boleh diamalkan 

Surah Al-anbiya' ayat 83-84
..dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, (Ya Tuhanku), sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.Maka Kami kabulkan doanya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka) sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah kami.
Surah ini menceritakan bahawa Nabi Allah, Nabi Ayub a.s telah ditimpa penyakit. Kemudian Allah berkata kepada malaikat, minta Nabi Ayub minta kepada Allah,sembuhkanlah aku, nescaya Aku akan sembuhkannya.Turunlah malaikat dan berkata kepada Nabi Ayub, tetapi Nabi Ayub a.s tidak berkata demikian TETAPI malah memuji Allah.Dengan itu, Allah melipat gandakan rahmat atas pujiannya kepada Allah.

Surah Al-anbiya' ayat 87
"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim"
 Surah ini menceritakan bahawa Nabi Yunus a.s telah lari daripada kaumnya lalu ia ditelah oleh ikan Nun.Ada yang menyatakan Nabi Yunus a.s telah ditelan selama 40 hari 40 malam dalam kegelapan baginda berdoa maka dengan kuasa Allah ikan Nun memuntahkan Nabi Allah dengan selamat.

PERSOALAN
1.Adakah dengan mengamalkan ayat-ayat suci Al-quran, penyakit yang dihidapi akan sembuh
2.Sekarang ini, banyak doa-doa di dalam buku yang boleh diamalkan. Boleh kah saya mengamalkannya??

JAWAPAN
1. Soalan yang sangat baik.Sememangnya Allah telah menyatakan bahawa Al-quran adalah sebaik-baik syifa'(penawar). Namun, tidak bermakna perkara-perkara lain perlu diabaikan.Sebagai contoh, penyakit denggi.Sekiranya diamalakan pelbagai doa-doa untuk mencegah, tetapi persekitaran dengan tong-tong lama, botol-botol bersepah, air bertakung, adakah penyakit boleh dielakkan?Itu yang perlu kalian fikirkan.Sedangkan Rasulullah bersabda, kebersihan merupakan salah satu cabang iman. Selain itu, keyakinan yang sangat tinggi terhadap Allah merupakan satu doa. Di sini terdapat satu kisah bahawa, seorang guru menyatakan kepada anak muridnya, bacalah kalimah basmalah dan yakinlah kepada Allah nescaya engkau boleh berjalan atas air. Kemudian ilmu ini didengar oleh seorang hamba Allah.Maka anak murid tersebut membaca kalimah basmalah namun gagal. Seorang hamba Allah yang terdengar melakukan perkara yang sama dan dengan keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah, dia berjaya berjalan atas air.Maka dengan doa yang diamalkan, keyakinan yang sangat tinggi serta usaha-usaha lain dilakukan seterusnya tawakal yang sangat tinggi kepada Allah, ia menjadi pelengkap untuk menyembuhkan penyakit tersebut dengan izin Allah

2. Soalan yang juga sangat baik.Boleh tidak salah.Tetapi adalah yang sangat baik, apabila ayat-ayat yang kita dapat daripada mana-mana buku, perlu ada gurunya. Ini kerana, supaya bacaan yang dibaca adalah betul, mahraj hurufnya tepat, tajwidnya mantap.Oleh itu, bergurulah dan bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang lebih fasih bacaannya supaya apa yang diamalkan diterima oleh Allah, insyaAllah

PENUTUP
Amalan surah-surah di atas, bukan ditujukan kepada mereka-mereka yang ditimpa penyakit. Mereka-mereka yang amsih sihat walafiat juga boleh mengamalkannya. Apa jua usaha yang dilakukan perlu bermula dengan niat yang bersih supaya pengakhirannya jua akan bersih.Kita sebagai hamba Allah WAJIB untuk mencari penawar, namun jika Allah masih belum menyembuhkan, percayalah Allah ingin memberikan kita bonus yang sangat besar di akhirat sana atas kesabaran kita, InsyaAllah. WaAllahualam..

 
SUMBER
~Al-Kuliyyah, UBAT dan DOA, Tv3~

~8.15 a.m~
Jumaat~
~17/12/2010~
~Rumah, Mersing~


 


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment