Sunday, December 19, 2010

LAGU C.I.N.T.A

As salam..
Bismillahhirrahmanirrahim..Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita semua kesempatan untuk bernafas dalam Iman dan Islam.Tanpa 2 nikmat yang terbesar ini, nescaya hidupku pasti terumbang ambing, tanpanya pasti aku tidak bisa bernafas dengan sempurna...

Entri kali ini adalah berkisar tentang Lagu Cinta @ Lagu Jiwang @ Lagu tangkap lentuk @ dan lain-lain yang sewaktu dengannya.:)

PERSOALAN
Salah ke mendengar atau menyanyi lagu-lagu yang seangkatan dengan ini??

Sebelum kita pergi kepada hukum menyanyi lagu-lagu jiwang dan sebagainya. Kita back to basic dulu.
Pada zaman Rasulullah, menyanyi ini adalah harus. Golongan ansar sangat suka bermain ghazal. Mereka bermain di majlis orang kahwin. Pernah suatu kisah, Aisyah, isteri Rasulullah pergi menghartar orang kahwin. Apabila pulangnya Aisyah, Rasulullah bertanya ada tak nyanyian-nyanyian. Aisyah menjawab tidak ada. Rasulullah berkata, mengapa tidak ada. Sedangkan golongan ansar sangat suka pada nyanyian, ghazal. Kita perlu gembirakan pengantin, doakan mereka. Rasulullah menyuruh lakukan nyanyian.
Pada asalnya hukum menyanyi ini adalah harus tetapi boleh jatuh kepada haram.

BAGAIMANA BOLEH JATUH HARAM?

1. Liriknya
Perlu selidik liriknya, jika liriknya betul, silakan.Jika liriknya, berunsurkan lucah dan sebagainya, hendaklah dielakkan

2.Muzik
Jika muziknya boleh menimbulkan syahwat, hendaklah dielakkan. Jika muziknya slow, mendamaikan, tenang hati mendengarnya, mak dipersilakan, boleh.Alatan muzik pula, ahli-ahli fiq membahagikan kepada 2. Yang bertali, dan tidak bertali. Yang bertali adalah haram, yang tidak bertali pula adalah harus. Namun begitu, kajian dan penulisan fiqh kini, melihat kepada bagaimana alatan muzik yang dimainkan itu menghasilkan bunyi, muzik, dan iramanya. Adakah sehingga lalai, lupa kepada Allah dan sebagainya

3. Tidak ada pembaziran
Jika hendak mendengar lagu tersebut sehingga 1 lagu, 3 ribu, 3 lagu 9 ribu, itu adalah pembaziran. Maka perlu dielakkan

4. Cara penyampaian disampaikan
Melihat kepada penyampaian, walaupun cantik maksudnya, tetapi penyanyinya melompat-lompat, kaki terangkat-angkat.Hendaklah dielakkan

5.Tidak bercampur lelaki dan perempuan
Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. Penyanyi yang menyampaikan tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.

Kita berbalik kepada persoalan tadi, boleh ke tak mendengar lagu-lagu jiwang ni??:)
Usah dipertikaikan lagu jiwang atau lagu tangkap lentok waima lagu nasyid sekalipun, tetapi perlu dilihat kepada kelima-lima aspek yang dinyatakan.

Jom selidik
Kadang-kadang tak dapat dinafikan bila mendengar lagu-lagu jiwang@lagu-lagu cinta ni, kadang kala seronok juga. Tapi, apabila kita sudah ilmu akan itu, pasti hati akan berdetik, eh tak baik lah dengar lagu macam ni, tapi tak dinafikan hati masih suka. Saya spesifikkan lagu-lagu cinta ye. Biasanya lagu-lagu cinta ni, maknanya, maksudnya lebih kepada kekasih@awek@gewe dan sebagainya. Tapi apa kata kita cuba bayangkan lagu itu ditujukan buat Cinta Agungnya, kepada ibubapanya, sahabat2nya.

Jom tengok lagu ni :)
Bayangkan anda sedang nyanyikan lagu ini buat ayah dan ibu mu.. Lagu ini hanya ada lirik, tiada video, dan muziknya saya kira tidak keterlaluan. Tidak sehingga menimbulkan syahwat. Best lagu ni taw :))))


PENUTUP
Namun begitu, harus diperhatikan sebaik-baik ucapan adalah zikir. Kerana dengan zikir insyaAllah hatimu pasti akan tenang. Semakin banyak kamu mendengar lagu, semakin banyak kamu berzikir kepada Allah. InsyaAllah, carilah sebanyak mana ilmu, kerna di akhirat kelak orang-orang yang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah.
WaAllahualam~ ~

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment