Tuesday, January 18, 2011

Adat vs Sunnah


Assalamualaikum semuanya. Alhamdulillah, hampir seminggu tidak menekan keypad computer untuk meneruskan perjuangan. Dengan izin Allah, hari ini Allah menggerakkan hati ana untuk melakarkan sesuatu untuk dijadikan ibrah buat diri sendiri dan kalian semua.

Entri kali ini berkisar tentang adat istihadat yang begitu kuat diamalkan oleh masyarakat-masyarakat 'orang lama'. Remaja-remaja kini 'kurang gemar' jika dibandingkan dengan 'orang-orang lama'. Saya kecilkan skop mauduk(topik) kita kepada yang lebih kecil. Saya lebih suka memilih mauduk berkisar perkahwinan kerna perkahwinan sangat sinonim dengan adat resam yang saya kira begitu unik.



PERSOALAN

Adakah salah kita mengikut adat? Bagaimana pula dengan sunnah yang diajar oleh Rasulullah? Bagaimana hendak pertemukan titik pertemuan antara adat dan sunnah?

PERMULAAN PEMBINAAN BAITUL MUSLIM

Kita mulakan pada peringkat permulaan. Apabila seorang anak gadis sudah meningkat dewasa, mereka sudah mula memikirkan untuk berumah tangga. Apabila seorang anak teruna sudah mengenal erti cinta, mereka mula untuk membina sebuah masjid, mula memikirkan untuk meramaikan anak-anak adam dan umat Nabi Muhammad, katanya. Tidak mengira sama ada sudah tamat belajar ataupun semasa belajar sehingga ada yang sanggup menangguhkan alam belajarnya semata-mata untuk membina sebuah keluarga bahagia, kata mereka.Namun mentaliti sesetengah masyarakat 'orang-orang lama' , apabila seseorang individu sudah tamat persekolahan, mereka perlu melanjutkan pelajaran ke universiti @ kolej @ poli @ maktab dll kemudian, tamat belajar, bekerja dalam setengah tahun atau satu tahun, barulah mereka dibenarkan untuk bernikah. Itu mentaliti sesetengah masyarakat. Namun jika ditolak, tambah, seseorang yang keluar dari tingkatan 5, berumur 17 tahun. Di universiti lebih kurang dalam 5 tahun, bekerja dalam setahun dua beerti umur mereka sudah menjangkau 24 tahun. 

Rasional mengapa mereka meletakkan 'syarat @ adat' sebegitu?

Firman Allah : Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di akhirat kelak ~ Al-mujadalah : 11
Berdasarakan firman Allah tersebut, betapa besar darjat orang yang berilmu di akhirat kelak. Kamu diberi pilihan sama ada untuk hidup hina ataupun diangkat darjatmu di akhirat kelak. Saidina Ali juga pernah berkata antara ilmu dan harta, ilmu apabila diamalkan tidak akan berkurang, tetapi harta jika digunakan akan berkurang. Memang tidak dinafikan ada contoh-contoh insan yang boleh dijadikan contoh, bagaimana mereka boleh melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama sebagai isteri ataupun suami. Tidak cukup dengan contoh-contoh insan lain. Dimasukkan pula dengan sunnah, sadaitina Aisyah, bernikah pada usia yang sangat muda. Sadaitina Fatimah, anakanda Rasulullah juga menikah pada usia yang muda. Tidak salah mengikut sunnah. Saya ulang sekali lagi, TIDAK SALAH. Namun, lihatlah kebolehan diri sendiri. Jika masih bujang kini, masih bangun lewat, masih tidur selepas subuh, masih malas untuk basuh baju, untuk uruskan diri sendiri masih memerlukan bantuan ayah dan ibu, fikir-fikirkan lah. Adakah wajar seorang ibu ingin melepaskan anaknya untuk menjaga anak orang lain dalam keadaan yang 'belum bersedia'.. Renung-renungkan, kadang kala perasan atau tidak puncanya bermula daripada kita, sebab ibu dan ayah belum memerikan 'lesen' untuk bernikah..:)

 MERISIK

Seterusnya, kita teruskan perjalanan kita apabila dua hati hampir menjadi satu.:) Bermulalah dengan merisik, meminang, bertunang dan seterusnya bernikah dan majlis walimatul urus.  Adat sebegini amat dititik beratkan oleh 'orang-orang lama'. Jika tidak dilakukan bagaikan telah melanggar sesuatu yang sangat besar. Tidak manis dipandang orang, takut menimbulkan fitnah, kata mereka.
Jom kita check ada ke tidak proses sebegini, pada zaman Rasulullah SAW..Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais yang bermaksud: Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan bahawa Mu’awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua’awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid. (al-Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW tidak melarang, malahan Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.
Eh eh, maknanya dalm proses pemingan yang dilakukan sekarang ni, ada dilakukan dalam zaman Rasulullah. Maknanya apabila kita melakukan proses ini, dengan diniatkan kerana Allah, insyaAllah kita akan dapat pahala di sisi Allah

BERTUNANG 

Kita teruskan lagi dengan proses bertunang. Adat sekarang, pihak lelaki 5 dulang, pihak perempuan 7 dulang. Mesti ganjil, tidak boleh genap. Kalau genap, apa yang akan terjadi, tapi rasanya perkara itu tidak akan terjadi kerna ibu ayah akan pastikan perkara tersebut tidak akan berlaku. Jom check sunnah Rasulullah untuk hantaran (mahar) semasa bertunang. Pesan Rasulullah, "Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Persepsi masyarakat sekarang, perbelanjaan untuk satu proses perkahwinan, pasti melebihi 20k. Jika tidak ada 20k, jangan mimpi lah nak buat majlis kahwin yang agak best sikit la. Bayangkan, hantaran untuk perempuan 10k, yang lain-lain lagi. Namun perlu diingat wahai muslimin dan muslimah, dunia sekarang sudah berbeza. Harga barang tidak sama dengan zaman dahulu. Gaji sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Untuk menemukan titik pertemuan antara zaman dahulu dengan zaman sekarang, amat sukar. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar meletakkan mahar yang rendah. Perkiraan mahar saya kira, biarlah mengikut kemampuan bakal zauj (bakal suami). Contoh jika suami si A, gajinya hampir 10k sebulan, bakal zaujahnya meletakkan hantaran sebanyak 15k. Tidak mengapa, kerna bakal zauj nya seorang yang berkemampuan. Contoh kedua, suami si B, gajinya 3k sebulan. Bakal zaujahnya meletakkan 8k untuk maharnya. Tidak mengapa kerna bakal suaminya, berkemampuan. “ Berkemampuan” ini berbeza mengikut individu. Usah mudah menilai seseorang dengan terlalu cepat. Dunia sekarang, artis-artis meletakkan hantaran berpuluh ribu ringgit. Tidak mengapa, kerna mereka berkemampuan. Ukurlah diri dan pasangan masing-masing, tahap mana kemampuan kamu.

Kemudian, mengenai hal-hal ganjil dalam hantaran, ku kira, itu hanya adat yang amat sukar untuk diluputkan dalam diri ‘orang-orang dulu’. Namun tidak salah kita mengikut adat dan dalam masa yang sama adat itu dijadikan ibadah. Setiap apa yang kita lakukan adalah ibadah. Semuanya perlu bermula dengan niat. Suka saya pada satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
 Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesunggahnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat danperbuatanNya serta tiada sekutu bagiNya) dan Dia menyukai pada yang ganjil
~H.R. Bukhari & Muslim

Allah sukakan perkara yang ganjil. Oleh itu, tidak salah kita mengikut adat selagi ia tidak melanggar hak-hak Allah. Lagi molek jika mengikut adat dan menjadikan adat itu sebagai satu ibadah.

MAJLIS WALIMAH

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Mengadakan majlis walimah hukumnya adalah sunat muakad, sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Namun amat sukar untuk mengelakkan ‘pembaziran’. Masyarakat takut untuk menanggung malu bila makanan tidak cukup, majlis tidak secanggih mengikut zaman sekarang. Cukuplah bersederhana. Fahamilah konsep bersederhana dalam Islam. Jangan sampai hendak terlalu berjimat sehingga menimbulkan fitnah dan jangan sampai berlebih-lebihan sehingga berlakukan pembaziran yang melampau. Raikanlah pasangan pengantin dengan alunan muzik supaya mereka rasa dihargai pada hari bahagia mereka.  Pada zaman Rasulullah, menyanyi ini adalah harus. Golongan ansar sangat suka bermain ghazal. Mereka bermain di majlis orang kahwin. Pernah suatu ketika, Aisyah, isteri Rasulullah pergi menghartar orang kahwin. Apabila pulangnya Aisyah, Rasulullah bertanya ada tak nyanyian-nyanyian. Aisyah menjawab tidak ada. Rasulullah berkata, mengapa tidak ada. Sedangkan golongan ansar sangat suka pada nyanyian, ghazal. Kita perlu gembirakan pengantin, doakan mereka. Rasulullah menyuruh lakukan nyanyian.

PENUTUP

Sahabat yang sentiasa dirahmati Allah, ketahuilah bahawa semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu. Menegur mereka yang lebih tua daripada kita sukar untuk dilakukan. Dikuatiri berlakunya bergaduhan, pertengaran dan sebagainya. Sebagai anak muda, yang sudah mengerti erti nikmatnya Islam dan Iman, gunakanlah akal yang diberi oleh Allah, untuk menegur mereka secara hikmah. Lakukan lah lawak jenaka, lakonan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima apa yang ditegur dan tidak mengguris hati mana-mana pihak. Sebagai ibu dan ayah pula, nasihat yang diberikan oleh anak-anak hanya satu sahaja tujuannya.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”, Q.S. A-Tahrim/66: 6.
InsyaAllah, suka saya dengan nasihat Imam Muda Asyraf, orang mukmin itu berbeza dengan orang Islam. Orang mukmin itu, akan bertanya dahulu, baru mereka buat, tetapi orang Islam akan buat dahulu, baru mereka bertanya.
Wallahualam...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment