Friday, July 29, 2011

UBAT VS PENYAKIT

Assalamualaikum..
SubnaAllah..Lama tidak buka laman blog.. Sudah berabuk rupanya.. Impianku ingin sentiasa istiqamah dalam bidang ini. Namun sering kali perasaan 'malas' menghantui diri. Sering kali syaitan 'sms' hati ini supaya menghentikan daripada menjengok laman blog ini. Ya Allah, tetapkan hatikum supaya aku bisa istiqamah dalam menyampaikan walau sebaris ayat.

Tertarik dengan sebaris kata yang dilontarkan oleh Imam Muda Asyraf. Terdapat sesuatu perkara yang ia boleh menjadi ubat yang paling mujarab ataupun ia juga boleh menjadi penyakit yang paling merbahaya. Ia adalah HATI IBU DAN AYAH..

Bercerita tentang ibu dan ayah, hati mana yang tidak meruntun. Tidak bercerita tentang orang lain, saya bercerita tentang diri sendiri. SubhanaAllah, saya antara insan yang bertuah kerna masih mempunyai insan bernama mama dan abah. Sering kali saya melihat video kelahiran, dan sehingga kini saya pasti mengalirkan air mata melihat jerih payah seorang ibu melahirkan insan ke dunia. Ibu hampir maut untuk melahirkan zuriatnya. MasyaAllah. Namun, masih ada anak-anak yang bercakap kasar, meninggikan suara dengan ibu dan ayah.

Hati ibu dan ayah adalah perkara yang amat penting perlu dibelai dengan sentuhan. Kadang kala menegur mereka dengan cara yang paling lembut sekali pun, pasti hati mereka akan terasa, hati mereka akan terguris. Mungkin, cara yang paling baik, adalah melalui sentuhan. Katakan kepada mereka, " Saya sayangggg mama dan abah". Biar mereka tahu, kata-kata yang dilontarkan adalah daripada insan yang begitu sayangkan mereka.

Buat mama dan abah, dan buat ibu-ibu dan ayah-ayah di dunia ini, ketahuilah kalian semua, kami anak-anakmu, sentiasa mendoakan mu. Jika tidak jawapan mu, maka tidaklah jawapanku..Jika ya jawapanmu, maka ya jawapanku. Selagi ia tidak bertentangan dengan apa yang Allah minta, aku akan turuti apa yang kalian kamu.

Apabila kalian memperolehi keredhaan daripada mereka, kalian akan dapat merasai bahawa setiap langkah perjalananmu ada doa yang mengiringimu. Percaya, tanpa doa mereka, kamu tidak akan mampu berada di tahap mana kamu berada. Kadang kala terfikir, dahulu aku bukanlah seorang yang begitu pandai, tidak begitu rajin, dan jika difikirkan kembali, aku sebenarnya tidak layak untuk bergelar seorang guru. Namun, kini aku percaya, berkat doa seorang ibu dan ayah, semangat mereka, dorongan mereka, aku sampai di tahap ini. Inilah rahsia yang Allah simpan selama ini.

SubnaAllah, jika diberi kesempatan kepadaku, ingin ku balas jasa kalian berdua. Walaupun ku tahu, tidak akan mampu untuk aku balas walau setitik air susu yang aku minum darimu ibu. Keringat peluh ayah , tidak akan mampu untuk aku membalasnya. Namun, beri aku kesempatan ya Allah untuk aku jadi anak yang solehah. Ya Allah, panjangkan lah umurku, supaya aku boleh menjadi aset kepada ayah dan ibuku.

Jika diberi peluang oleh Allah, aku ingin merasai betapa perit, payah, gembira, terujanya hati seorang ibu tatkala lahirnya seorang insan daripada rahimnya sendiri. Aku ingin merasai, apa perasaan ibuku melahirkan anak, membesarkan anak, mendidik anak menjadi penegak agama Allah. InsyaAllah

Akhir kalam, ayah dan ibu semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah. Andai nanti Allah tanya kepadaku tentang kalian, aku bersaksi bahawa kalian telah menjadi role model yang hebat buatku. Kalian telah menjadi ayah yang soleh dan ibu yang solehah buatku. Aku ingin berpimpin tangan, beriringingan dengan ibu, ayah, keluarga dan sahabat-sahabat ke syurga nanti. Allahumma amin..

 Kumpulkan kami dalam syurgaMu ya Allah


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment