Friday, March 11, 2011

Panjangkan umur VS Diberkati umur


Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kalian.Kaifa Haluka/i semuanya? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja, moga semuanya sihat dalam ketaatan kepada Allah.
Alhamdulillah, sehingga kini saya dan kamu semua masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga. Hargainya sebelum ia terlambat saudara-saudaraku. Hargainya sebelum kita bersama-sama mengecapi kenikmatan yang abadi. InsyaAllah

Entri kali ini berkisar tentang UMUR.

PERSOALAN

Apakah umur yang diberi ini diberkati dan diredhai oleh Allah?

Kadang kala kita terlupa, acap kali tiba waktu hari yang dinanti, 'sambutan hari lahir' pasti ada orang yang mendoakan semoga panjang umur, semoga murah rezeki, semoga cepat kahwin dan lain-lain . Namun jarang sekali kita mendoakan orang lain dan juga diri kita, semoga umur yang diberi oleh Allah diberkati dan diredhai oleh Allah. Sedangkan itulah kenikmatan dan matlamat yang tertinggi dalam kehidupan kita di dunia untuk mencapai Mardhatillah (Keredhaan Allah)

Namun begitu, tidak salah berdoa semoga dipanjangkan umur. Namun sebaik- baik doa adalah
'Ya Allah KAU berkatilah dan redhailah umur yang telah KAU berikan padaku'
'Ya Allah KAU panjanglah umurku dalam ketaatan aku kepadaMU'


Lihatlah bagaimana Allah memanjangkan umur 'mereka-mereka' yang telah pergi namun bagaikan 'mereka' masih di sisi. Apa yang dilakukan oleh mereka, sehingga Allah mengangkat darjat mereka.

Imam As-Syafie, meninggal dunia pada usia 54 tahun. Namun lihatlah sehingga kini, namanya masih disebut-sebut. Ilmunya masih dicari-cari. 

Umar Bin Abdul Aziz, pemerintahan cuma 2 tahun sahaja. Namun lihatlah, apa yang mampu beliau lakukan dalam masa 2 tahun. Digunakan usia yang diberi oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Masiat dapat dielakkan, rakyat dapat merasai rezeki-rezeki yang diturunkan oleh Allah.

Mus'ab bin Umair. Masa remajanya digunakan sepenuhnya untuk Islam. Walaupun sanggup berpisah dengan harta kekayaan dan juga ibu tercinta namun untuk Islam beliau sanggup meninggalkan ia.Namanya menjadi sebutan hingga kini, dijadikan idola dan model buat anak-anak remaja

Terlalu banyak insan yang Allah hadirkan sebelum-sebelum kita untuk dijadikan pengajaran dan diambil iktibar untuk kita sama-sama mencontohi mereka. Kajilah sejarah, kajilah Al-quran pasti dikau akan mengerti.

Siapa kata kita tidak mampu untuk melakukan ia? Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita, masyarakat, dan juga untuk negara.
Antara perkata-perkara yang boleh dilakukan dengan izin Allah, ia boleh 'memanjangkan' umur kita

1. Perbanyakkan sedekah.
Bila mana seorang anak adam itu bersedekah, selagi mana sedekah itu digunakan oleh orang lain, maka pahala sedekah itu akan sentiasa mengalir walaupun si dia sudah pun meninggal dunia

2. Jihad di jalan Allah
Jangan kamu merasa, mereka sudah mati, sedangkan mereka sentiasa hidup di sisi Allah. Pelbagai jihad boleh dilakukan. Jika mampu dengan lisan, lakukanlah. Jika mampu dengan pena dan penulisan, lakukanlah. Jika mampu dengan harta dan wang ringgit, lakukanlah. Jika mampu dengan jiwa dan raga, maka lakukanlah. Asalkan niatnya hanya kerana Allah

3.Elakkan maksiat dan lakukan kebaikan
Semakin kita melakukan maksiat, sebenarnya hati kita tidak pernah tenang Sentiasa di asak dengan hutang, diburu dengan orang-orang lain, dipandang hina oleh masyarakat. Lama-kelamaan hati menjadi sakit, hati menjadi parah. Tidak mustahil timbulnya penyakit barah. Bila mana kamu mendekati al-quran, mendekati Allah, hati pasti akan menjadi tenang. Hatinya bersih, hatinya suci menghadap Allah

4. Menunggu waktu-waktu yang istimewa yang diberikan oleh Allah
Namun tidak bermakna hanya wakti-waktu tertentu sahaja kita beribadat kepada Allah. Namun bila mana Allah memberi 'hadiah' buat hambanya, tak kan kita tidak mahu bukan. Tak kan kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat hadiah tersebut bukan. Terlalu banyak 'hadiah istimewa' yang Allah berikan buat hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangi. Contohnya, pada bulan Ramadhan, terdapat satu malam dinamakan Malam Al-qadar. Malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. Namun umat Muhammad, umur mereka, tidak lama. Oleh itu, Allah hadiahkan kepada mereka-mereka yang dikasihi dan disayangi. Beruntuglah bagi mereka yang berpeluang.

5. Mengeratkan sillaturrahim
Berbaik-baik dengan semua orang. Bila mana kamu mengucapkan salam ke atas orang lain, orang lain juga akan mengucapakan salam buat kamu. Mereka akan mendoakan kesejahteraan buat kamu. Orang yang dekat, dirapatkan, mereka yang jauh, didekatkan. Bagi dua orang yang bergaduh, orang yang lebih baik adalah orang yang mengucapkan salam terlelbih dahulu. Bermakna orang yang lebih baik adalah orang yang memulakan persahabatan setelah berlaku perselisihan faham.

6. Berdoalah kepada Allah
Akhir sekali, berdoalah kerna doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Keajaiban berdoa kepada Allah, jika kamu benar-benar merasakan Allah dekat dengan kamu, kamu akan merasainya, percayalah.

PENUTUP

Buat kalian semua, dan juga peringatan buat diri sendiri, semoga Allah memberkati umur yang diberikan kepada kita dan semoga Allah memanjangkan umur kita dalam ketaatan kita kepada Allah. Semoga pengakhirat umur kita sebagai Husnul Khatimah (Pengakhiran yang baik).Kita tidak tahu bagaimana berakhirnya umur kita nanti. Walaupun mudah sekarang ini untuk menyebut kalimah 'ALLAH', namun ingatlah tibanya sakaratul maut, pelbagai dugaan datang ketika itu. Ketika itu, hanya IMAN penyelamat kita. Moga kita semua lulus dengan cemerlang dalam 'exam' Allah ketika itu. Amin..



Kemalangan yang melibatkan 4 orang pelajar IPG Sultan Mizan
 Gerik, 10/3/2011
Takziah 
Kami turut merasainya
Semoga kamu tenang di sana
Hanya kamu dan Allah sahaja yang tahu




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment